Bunga Telur Tempahan Pelanggan

Bunga telur ini adalah tempahan dari Lin di Felda Semenchu, Kota Tinggi. Sempena majlis perkahwinan adiknya, Didie.




Bunga telur ini bertemakan warna merah gelap. Di hiasi dengan manik putih di atas bunganya, dan diserikan dengan juntaian manik berantai berwarna merah. Jugak di sertakan juntaian reben berwarna krim yang diselitkan pada reben organza yang dipintal bulat. Menjadikan bunga telur ini tampak berseri dengan kombinasi warna merah dan putih.

Kami di Krafanie Cenderahati Perkahwinan mengucapkan selamat pengantin baru kepada Didie dan pasangannya kerana memilih bunga telur dari kami untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan kalian berdua .. Terima Kasih ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...